PUTRAJAYA 24 Sept. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.
Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.
Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.
“Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.
“Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Zul membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan agama itu menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.
Harussani berkata, menyamakan sesuatu yang haram tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pihak tertentu.
“Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah),” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.”Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.
“Dalam hal ini, dia tidak sepatutnya menggunakan contoh sedekah bagi mempertahankan kesalahan dirinya.
“Sedekah satu amalan mulia dalam Islam berbanding rasuah atau zina yang sepatutnya dia menghindarinya,” katanya.
Saturday, September 27, 2008
Tuesday, July 1, 2008
SIAPA SAIFUL BUKHARI???

Setakat ini tidak banyak diketahui mengenai latar belakang Saiful kecuali beliau adalah bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan pernah bergiat aktif dalam persatuan pelajar.
Tunangnya pula bernama Janna Syariza seorang penyampai berita di sebuah stesyen televisyen. Gambar pertunangan mereka telah tersebar luas dalam internet. Janna dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai berkata beliau akan tetap berdiri teguh menyokong tunangnya itu dan bersama-sama akan mengharungi segala dugaan yang bakal mendatang.
“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua....,” kata Janna.
Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun di Kondominium mewah di Damansara. Saiful telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu. Kadar sewa kondominium itu dikatakan sekitar RM7,000 sebulan. Tidak dapat dipastikan bagaimana menampung perbelanjaan menyewa kondominium yang mahal itu.
Tidak kurang menarik ialah laporan akhbar itu yang memetik ayah saudaranya Saiful bahawa bekas pelajar UNITEN itu pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.
Beliau yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.
“Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini,” katanya lagi.
"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.
Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.
“Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful.
“Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat Petaling Jaya.
Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.
Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.
Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.
“Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.
Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.

Ketika ditanya tentang gambar yang dirakam Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan. Sementara itu banyak persoalan yang belum terjawab diketika polis masih lagi menjalankan siasatan termasuk di kondominium dimana kejadian didakwa berlaku. Sekalipun tidak ada apa-apa kukuh diperolehi setakat ini apa yang berlegar kini khususnya yang didakwa oleh Anwar dan PKR ialah wujudnya konspirasi yang merancang dakwaan itu. Bagi sesetengah pemerhati dakwaan wujudnya konspirasi ialah jalan termudah mengaburi senario kes itu.
Cubaan untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dalam konspirasi itu juga adalah jalan paling mudah mengunakan modal gambar Saiful dengan Khairil Anas. Ada pemerhati yang berpandangan Anwar tidak perlu mengelupur hingga nak buat roadshow satu negara menjelaskan kesnya. “Beliau sepatutnya cool saja dan tunggu hingga selesai siasatan polis ”kata salah seorang dari mereka. Malah menurut sesetengah pemerhati tindakannya lari ke Kedutaan Turki sudah mencetuskan kecurigaan orang.
Dalam pada itu andaian yang popular kebelakangan ini kalau betulah ada konspirasi untuk kenakan Anwar ia satu usaha yang bodoh untuk main balik dakwaan liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999. Juga kalau betul ada konspirasi kenapa ia lekeh sangat dan tidak pasang perangkap betul-betul keatas Anwar. “Kalau macam kes video Datuk Chua Soi Lek itu betul boleh rasa ada perancangan dan konspirasi yang teliti…kalau macam inilah jawabnya konspirasi bodoh’, kata seorang lagi.

ISU LIWAT!! RENUNG-RENUNGKANLAH!!
1. Kalau dah terima ugutan bunuh 2-3 minggu lalu, kenapa tidak buat lapuran polis? Mana dia sms ugutan tersebut? Sejak 50 tahun lalu, sudah berapa ramai ahli pembangkang mati dibunuh kerana menentang kerajaan? Ada data2nya?
2. Kalau cuai menapis orang2 tertentu menjadi pembantu khas, bagaimana rakyat boleh yakin Kerajaan DSAI tidak akan dipenetrate oleh anasir2 jahat? Alasan kerana sibuk tak dapat check background tak mungkin dapat diterima rakyat? Bagaimana nanti kalau ejen CIA menceroboh jadi bodyguard atau penasihat keselamatan DSAI?
3. Budak 23 tahun pun boleh kelentong bapa 60 tahun? Atau bapa yang kelentong kot. Kalau tidak masakan bapa cabut lari ke ‘Turki’. Sepatutnya yang lari ialah budak tu sebab dia berani gila utk fitnah pemimpin besar yang powerful. Fikir2kanlah.
4. Kalau pun tak percaya kat polis, hulubalang Melayu takkan takut peluru kapur dan lari ke negeri orang. Pemimpin yang berani kerana benar tak mungkin bertindak sedemikian. BN pun bodoh sangat tu, kalau nak bunuh orang, buat le awal2 dan jangan le bagi tau kat orang tu yang kamu nak bunuh dia. Fikir-fikirkanlah.
5. Kalau kemarin tak percaya kat polis, kat Najib, kat sapa pun, teruslah jangan percaya. Takkan lah dalam sehari boleh ubah fikiran jadi percaya pulak. Buat apa tuntut jaminan keselamatan daripada orang2 yang DSAI sendiri tak percaya. PIKIARK2 kanlah. Bila berdiri kat SUV tu, tak ingat pulak kisah Benazir Bhutto kena bom, tak takut pulak tu.
6. Eeh Ehh, kalau DSAI jadi PM nanti dan tiba2 Malaysia kena serang oleh Israel, bolehle DSAI bersembunyi kat ‘Turki’ lagi, kami rakyat nak sembunyi kat mana? Sebab DSAI kata jangan percaya kat polis.
7. DSAI kata Duta Turki jemput dia utk beri perlindungan. Tapi Duta Turki pulak kata DSAI yang minta untuk sembunyi kat Kedutaan Turki. Yang mana satu yang betul ni?
8. Nak ingatkan DSAI lagi, berilah data2 berapa ramai dah pemimpin2 pembangkang yang dah mati dibunuh oleh BN sehingga kini. Waktu DSAI jadi TPM dulu mesti dah ada data2 tu kot.
9. Berani kerana benar, takut kerana salah. Yang DSAI dok lari tu buat apa. Nak patah balik dah tak leh da.
10. Tlg forward sms ugutan bunuh tu kpd media / polis. Dengan tarikh dan waktunya sekali. Adakah ‘pembunuh upahan’ (PU) bagitahu DSAI bahawa tarikh ‘pembunuhan’ itu ialah pada 29 Jun? Sebab tu DSAI tak sembunyi sebelum tarikh tu sebab belum cukup notis bertulis dari PU yang bijak dan licik tu.
11. Minggu depan PU tu mungkin akan declare dan perkenalkan diri dia. Kerana dia ingat dia hero.
12. Budak yang umur 23 tahun, tak lulus tahun 2 di universiti, mampukah dia tinggal di kondominium berharga RM 2,000,000 atau sewa RM 15,000 sebulan. Pakai kereta BMW. Sapa yang tolong bayar kat dia?
13. Macamana budak tu boleh buka pintu kondominium tu kalau dia tak ada kunci sewaktu polis / forensik buat siasatan.

14. Adakah budak tu, keluarga dia tak malu dengan penyebaran berita ini sehingga dia begitu berani untuk buat laporan polis. Ada ke duit dia nak bayar kalau DSAI saman dia?
MUNGKIN ORG TURKI BOLEH BUAT KESIMPULAN!!!Sunday, May 25, 2008
KENAPA TUN MAHATHIR KELUAR UMNO ???
YABhg. Tun Mahathir telah mengisytiharkan beliau keluar dari UMNO. Disusuli YABhg. Tun Siti Hasmah dan anak beliau Dato' Mokhzani. Berita ini agak menggemparkan semua pihak. Pihak BN agak kecewa, manakala pihak parti lawan menyambutnya dengan penuh kegembiraan.
Sejarah telah membuktikan bahawa semua bekas-bekas Presiden UMNO meninggal dunia di luar UMNO, kecuali Tun Razak. Beliau meninggal ketika masih menjadi Perdana Menteri. Diawali dengan Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien semuanya meninggal dunia di luar UMNO.
Kenapa jadi begitu?
Apakah kesannya kepada UMNO?
Masing-masing punya sejarah yang berbeza. Kesimpulannya semua bekas-bekas pemimpin UMNO ini tidak sehaluan atau tidak sependapat dengan pemimpin UMNO yang memimpin ketika itu. Tapi UMNO terus hidup subur di hati orang Melayu hingga hari ini. Orang Melayu tetap bersama UMNO walaupun bekas pemimpin mereka tidak lagi sehaluan.
Atau ini agaknya trend dalam UMNO. Pemimpin yang telah bersara tidak boleh sependapat dengan pemimpin yang sedang berkuasa. Kenapa? Mungkin teori ini ada kebenarannya....
1. Pemimpin yang bersara sudah tentu ada pengikut mereka sendiri, pengikut mereka ini kadangkala taksub dengan seseorang pemimpin itu sehingga tidak boleh berpisah idealisme mereka dengan pemimpin tersebut. Maka pemimpin yang telah bersara perlu mencipta konflik dengan pemimpin semasa supaya pengikut-pengikut mereka yang setia dan taksub ini tidak datang berjumpa dan mengganggu mereka lagi apabila mereka telah bersara.
2. Ahli UMNO perlu dididik dan diasuh agar tidak taksub kepada pemimpin. Bukan macam parti-parti yang lain. Mereka diasuh agar taksub kepada pemimpin. (Contohnya PAS dan PKR) Maka pemimpin yang telah bersara perlu berpisah atau mencari jalan berkonflik bagi merenggangkan hubungan mereka dengan pengikut mereka yang taksub tersebut.
3. Ahli UMNO perlu diuji sejuhmanakah kesetiaan mereka dan kekuatan jati diri mereka kepada parti. Dengan wujudnya konflik tersebut, maka akan zahirlah kumpulan yang setia dan kumpulan yang tidak setia kepada parti. Maka hanya akan tinggal dalam UMNO hanyalah ahli-ahli yang benar-benar berkualiti dan setia. Ahli-ahli yang bersikap 'talam dua muka' atau opportunist perlu disingkirkan dari parti.
FIKIR-FIKIRKANLAH

Friday, May 16, 2008
"DEB" ADAKAH SEKADAR RETORIK..???
Peristiwa 13 Mei 1969..... Orang Melayu mengamuk bila orang Cina mengisytiharkan mereka menang dan orang Melayu dihalau ke hutan.. Rumah, Kedai, Kenderaan habis di bakar. Ramai yang mati dipancung dek 'pedang terbang'.
Bila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, semua orang gembira, semua bangsa boleh menerima apa yang terkandung dalam DEB. Orang Melayu dijanjikan 30% ekuiti, pelajaran, dan keistimewaan agar mereka boleh berdikari. Bangsa lain juga tidak dipinggirkan. Orang Cina, India, Siam, Dayak, Bajau, Kadazan, semuanya dijaga kepentingan mereka.
Lepas 30 tahun.... setelah diteliti.... DEB gagal....katanya... Apa yang gagal? Orang Melayu gagal menguasai ekuiti 30%... Tapi dasar pelajaran untuk anak-anak orang Melayu adakah gagal juga..?? Bagaimana dengan keistimewaan yang lain?
Pada pandangan saya, DEB tidak gagal... tetapi sasaran DEB tidak tepat... segala yang mahu dilimpahkan kepada orang Melayu 'tertumpah' kepada orang-orang Cina dan India. Habis!! kenapa orang Cina marah kepada pemimpin Melayu?? Agaknya mereka tak suka dengan nikmat yang mereka dapat sebelum ini... Orang India juga begitu... Mereka tak puas hati agaknya orang Melayu tak dapat apa yang sepatutnya diperoleh oleh orang Melayu..
Orang Melayu dapat projek, yang laksanakan orang Cina. Barang dibeli di kedai dan pembekal Cina. Projek jalan dimonopoli oleh orang India. Orang Melayu hanya 'tolong' masuk tender sahaja. Dapatlah duit minum kopi.. Agaknya inilah yang orang bukan Melayu marah. Mereka mahu DEB dilaksanakan dengan sebenar-benarnya. Kalau projek itu diperoleh oleh orang Melayu, pekerjanya harus Melayu, barang dibeli di kedai Melayu, jentera dan mesin hendaklah disewa daripada pembekal Melayu.
Kalau begitu, betullah kata KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang mengatakan DEB telah diseleweng. Jadi wajarlah diperbetulkan semula landasan DEB. Orang Cina dan India tidak patutlah marah jika pelaksanaan sebenar DEB dilaksanakan. Mereka tidak boleh marah kalau kerajaan tidak lagi beri projek kepada mereka.
Dasar tak kenang budi....!!!!

Dimana agaknya orang UMNO berada ????
Apabila YB Dato' Seri Tajol Rosli bekas Menteri Besar Perak dicabar oleh Pemuda PAS Tambun agar beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu, semua pemimpin dan ahli UMNO diam seribu bahasa. Diam itu 'setuju'kah beliau meletakkan jawatan? Atau diam itu kerana takut orang PAS marah bila menonjolkan diri membela DS Tajol. Atau itu memang budaya dalam UMNO yang mana pemimpin yang tiada jawatan kerajaan dibiarkan bersendirian membela diri.
Dulu sewaktu DS Tajol menjawat MB Perak, semua orang mengaku kawan. Semua orang mengaku rapat dengan beliau hingga rakyat nak jumpa pun susah. Kena melalui 'TOL' dulu. Tapi sekarang bila beliau tidak lagi berjawatan, semua kelu seribu bahasa.
Lebih parah lagi ada pihak yang secara terbuka meminta beliau letak jawatan. Kononnya kekalahan BN di Perak adalah kesalahan DS Tajol yang salah percaturan, salah perkiraan, salah meletakkan calon, salah segala-galanya. Dulu orang inilah yang menjadi orang kuat beliau dan dilantik berjawatan tinggi dalam negeri.
Kita hairan dengan sikap orang UMNO. Kita rasa pelik dengan budaya UMNO ini. Mungkin inilah agaknya yang nak dijadikan teladan kepada generasi muda akan datang. Patutlah orang muda dalam PRU-12 yang lalu tak undi BN. Agaknya mereka merasa jelak, meluat, getik dengan perangai orang-orang UMNO.
Sayanglah, teramat sayang... sebuah parti yang banyak berjasa, yang berjuang memerdekakan negara, mengisi kemerdekaan negara, membangunkan orang Melayu sebegini rupa, akhirnya akan dilupai oleh generasi baru yang tidak mengenal erti kesusahan dan kepayahan.
Di mana agak silapnya.....???

Saturday, May 10, 2008
Dilema 'Melayu Baru'
Selepas PRU 12, macam-macam cerita timbul. Yg lemah disangka gagah, Yg. gagah disangka lemah. Rakyat dilihat mulai bosan... marah, kecewa, tak kisah, lantaklah apa nak jadi dengan masa depan, apa nak jadi dengan negara. Yang penting mereka dapat tunjukkan kebosanan mereka dengan propaganda murahan, janji-janji kosong, 'wayang cina', retorik pemimpin2 politik. Hajatnya nak bagi kurang majoriti jer... tapi silap langkah, parti yang tak disangka-sangka menang dan menubuhkan kerajaan.
Bagi yang menang, tak sangka nak menang. Bagi yang kalah, tak sangka nak kalah. Parti pembangkang pun tak ready dengan pemimpin yang berkeliber untuk dilantik dalam kerajaan, main tangkap muat jer. Pemimpin BN pun nak ditangkap untuk jadikan ayam tambatan.
Orang Melayu buat selamba jer. Apa nak jadi, jadilah... Tak kisah... Asalkan dapat soru, dahla. Sebab perangai Melayu ni bila dia tak rasa susah, makan cukup, tidur lena. Biarlah apa nak jadi pun. Tapi bila dah sampai tahap dia susah, tak dapat makan, keluarga terancam, Melayu akan mengamuklah. Sebab itu memang perangai Melayu pun. Orang mengamuk ni macam orang gilalah. Tak ada pakai otak lagi. Melayu jarang pakai otak, sebab sayang nak guna selalu, takut haus. Kadangkala boleh suruh orang lain tolong fikirkan untuk kita, selesaikan masalah kita. Apa susah.
Pemimpin Melayu pun sama jugak. Cakap saja nak bela orang Melayu. Tapi dia sendiri pakat dengan orang lain. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Jarang sangat jumpa pemimpin Melayu yang betul2 nak tolong Melayu ni. Kalau ada pun memang pemimpin yang tak ada kuasa. Tukang cakap saja. Nak buat tak boleh. Yang ada kuasa, takut nak guna kuasa. Kononnya dia pemimpin baik. Tak boleh diskriminasi kepada orang lain. Ada orang kata 'dilema' inilah yang buat orang Melayu mula bosan dengan UMNO.
Dulu oklah, sebab negara belum merdeka, negara belum maju. Semua orang susah. Sekarang makan cukup. Harga barang naik pun masih mampu beli. Marahpun saja buat-buat jer. Tapi hidup tetap mewah. Bersungut barang naik, tapi pakai baju branded, makan minum kat hotel, Kereta mewah, melancong sana-sini, handphone sampai 3. Anak pergi sekolah tadika pun bagi handphone. Semua mahal2 belaka. Rumah ada aircond. Kalau macam ni gaya hidup, sampai bila-bila pun tak cukup. Tak kisahlah, yang penting komplen tetap komplen. Kalau tak dapat, protes lah undi pembangkang. Apa susah. Nak jadi apa pun jadilah.
Kata orang tu:
"Buat apa nak fikir pasal negara. Negara dah merdeka. Buat apa nak fikir pasal bangsa, sama saja semua bangsa. Buat apa nak fikir pasal agama. Itu masing2 punya fahaman. Tanggung sendirilah." Tambah dia lagi, "Yang penting aku dan keluarga aku tak susah. Kalau susah, itu semua salah kerajaanlah...Tak dapat apa kita nak, undilah parti lain, selain parti tu."
Inilah dilema 'Melayu Baru' sama macam dulu jugak, cuma berbeza cara sahaja.

Subscribe to:
Posts (Atom)