Apabila YB Dato' Seri Tajol Rosli bekas Menteri Besar Perak dicabar oleh Pemuda PAS Tambun agar beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu, semua pemimpin dan ahli UMNO diam seribu bahasa. Diam itu 'setuju'kah beliau meletakkan jawatan? Atau diam itu kerana takut orang PAS marah bila menonjolkan diri membela DS Tajol. Atau itu memang budaya dalam UMNO yang mana pemimpin yang tiada jawatan kerajaan dibiarkan bersendirian membela diri.
Dulu sewaktu DS Tajol menjawat MB Perak, semua orang mengaku kawan. Semua orang mengaku rapat dengan beliau hingga rakyat nak jumpa pun susah. Kena melalui 'TOL' dulu. Tapi sekarang bila beliau tidak lagi berjawatan, semua kelu seribu bahasa.
Lebih parah lagi ada pihak yang secara terbuka meminta beliau letak jawatan. Kononnya kekalahan BN di Perak adalah kesalahan DS Tajol yang salah percaturan, salah perkiraan, salah meletakkan calon, salah segala-galanya. Dulu orang inilah yang menjadi orang kuat beliau dan dilantik berjawatan tinggi dalam negeri.
Kita hairan dengan sikap orang UMNO. Kita rasa pelik dengan budaya UMNO ini. Mungkin inilah agaknya yang nak dijadikan teladan kepada generasi muda akan datang. Patutlah orang muda dalam PRU-12 yang lalu tak undi BN. Agaknya mereka merasa jelak, meluat, getik dengan perangai orang-orang UMNO.
Sayanglah, teramat sayang... sebuah parti yang banyak berjasa, yang berjuang memerdekakan negara, mengisi kemerdekaan negara, membangunkan orang Melayu sebegini rupa, akhirnya akan dilupai oleh generasi baru yang tidak mengenal erti kesusahan dan kepayahan.
Di mana agak silapnya.....???
Friday, May 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment