Sunday, May 25, 2008

KENAPA TUN MAHATHIR KELUAR UMNO ???

YABhg. Tun Mahathir telah mengisytiharkan beliau keluar dari UMNO. Disusuli YABhg. Tun Siti Hasmah dan anak beliau Dato' Mokhzani. Berita ini agak menggemparkan semua pihak. Pihak BN agak kecewa, manakala pihak parti lawan menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

Sejarah telah membuktikan bahawa semua bekas-bekas Presiden UMNO meninggal dunia di luar UMNO, kecuali Tun Razak. Beliau meninggal ketika masih menjadi Perdana Menteri. Diawali dengan Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien semuanya meninggal dunia di luar UMNO.

Kenapa jadi begitu?
Apakah kesannya kepada UMNO?

Masing-masing punya sejarah yang berbeza. Kesimpulannya semua bekas-bekas pemimpin UMNO ini tidak sehaluan atau tidak sependapat dengan pemimpin UMNO yang memimpin ketika itu. Tapi UMNO terus hidup subur di hati orang Melayu hingga hari ini. Orang Melayu tetap bersama UMNO walaupun bekas pemimpin mereka tidak lagi sehaluan.

Atau ini agaknya trend dalam UMNO. Pemimpin yang telah bersara tidak boleh sependapat dengan pemimpin yang sedang berkuasa. Kenapa? Mungkin teori ini ada kebenarannya....

1. Pemimpin yang bersara sudah tentu ada pengikut mereka sendiri, pengikut mereka ini kadangkala taksub dengan seseorang pemimpin itu sehingga tidak boleh berpisah idealisme mereka dengan pemimpin tersebut. Maka pemimpin yang telah bersara perlu mencipta konflik dengan pemimpin semasa supaya pengikut-pengikut mereka yang setia dan taksub ini tidak datang berjumpa dan mengganggu mereka lagi apabila mereka telah bersara.

2. Ahli UMNO perlu dididik dan diasuh agar tidak taksub kepada pemimpin. Bukan macam parti-parti yang lain. Mereka diasuh agar taksub kepada pemimpin. (Contohnya PAS dan PKR) Maka pemimpin yang telah bersara perlu berpisah atau mencari jalan berkonflik bagi merenggangkan hubungan mereka dengan pengikut mereka yang taksub tersebut.

3. Ahli UMNO perlu diuji sejuhmanakah kesetiaan mereka dan kekuatan jati diri mereka kepada parti. Dengan wujudnya konflik tersebut, maka akan zahirlah kumpulan yang setia dan kumpulan yang tidak setia kepada parti. Maka hanya akan tinggal dalam UMNO hanyalah ahli-ahli yang benar-benar berkualiti dan setia. Ahli-ahli yang bersikap 'talam dua muka' atau opportunist perlu disingkirkan dari parti.

FIKIR-FIKIRKANLAH