Sunday, May 25, 2008

KENAPA TUN MAHATHIR KELUAR UMNO ???

YABhg. Tun Mahathir telah mengisytiharkan beliau keluar dari UMNO. Disusuli YABhg. Tun Siti Hasmah dan anak beliau Dato' Mokhzani. Berita ini agak menggemparkan semua pihak. Pihak BN agak kecewa, manakala pihak parti lawan menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

Sejarah telah membuktikan bahawa semua bekas-bekas Presiden UMNO meninggal dunia di luar UMNO, kecuali Tun Razak. Beliau meninggal ketika masih menjadi Perdana Menteri. Diawali dengan Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien semuanya meninggal dunia di luar UMNO.

Kenapa jadi begitu?
Apakah kesannya kepada UMNO?

Masing-masing punya sejarah yang berbeza. Kesimpulannya semua bekas-bekas pemimpin UMNO ini tidak sehaluan atau tidak sependapat dengan pemimpin UMNO yang memimpin ketika itu. Tapi UMNO terus hidup subur di hati orang Melayu hingga hari ini. Orang Melayu tetap bersama UMNO walaupun bekas pemimpin mereka tidak lagi sehaluan.

Atau ini agaknya trend dalam UMNO. Pemimpin yang telah bersara tidak boleh sependapat dengan pemimpin yang sedang berkuasa. Kenapa? Mungkin teori ini ada kebenarannya....

1. Pemimpin yang bersara sudah tentu ada pengikut mereka sendiri, pengikut mereka ini kadangkala taksub dengan seseorang pemimpin itu sehingga tidak boleh berpisah idealisme mereka dengan pemimpin tersebut. Maka pemimpin yang telah bersara perlu mencipta konflik dengan pemimpin semasa supaya pengikut-pengikut mereka yang setia dan taksub ini tidak datang berjumpa dan mengganggu mereka lagi apabila mereka telah bersara.

2. Ahli UMNO perlu dididik dan diasuh agar tidak taksub kepada pemimpin. Bukan macam parti-parti yang lain. Mereka diasuh agar taksub kepada pemimpin. (Contohnya PAS dan PKR) Maka pemimpin yang telah bersara perlu berpisah atau mencari jalan berkonflik bagi merenggangkan hubungan mereka dengan pengikut mereka yang taksub tersebut.

3. Ahli UMNO perlu diuji sejuhmanakah kesetiaan mereka dan kekuatan jati diri mereka kepada parti. Dengan wujudnya konflik tersebut, maka akan zahirlah kumpulan yang setia dan kumpulan yang tidak setia kepada parti. Maka hanya akan tinggal dalam UMNO hanyalah ahli-ahli yang benar-benar berkualiti dan setia. Ahli-ahli yang bersikap 'talam dua muka' atau opportunist perlu disingkirkan dari parti.

FIKIR-FIKIRKANLAH

Friday, May 16, 2008

"DEB" ADAKAH SEKADAR RETORIK..???

Peristiwa 13 Mei 1969..... Orang Melayu mengamuk bila orang Cina mengisytiharkan mereka menang dan orang Melayu dihalau ke hutan.. Rumah, Kedai, Kenderaan habis di bakar. Ramai yang mati dipancung dek 'pedang terbang'.

Bila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, semua orang gembira, semua bangsa boleh menerima apa yang terkandung dalam DEB. Orang Melayu dijanjikan 30% ekuiti, pelajaran, dan keistimewaan agar mereka boleh berdikari. Bangsa lain juga tidak dipinggirkan. Orang Cina, India, Siam, Dayak, Bajau, Kadazan, semuanya dijaga kepentingan mereka.

Lepas 30 tahun.... setelah diteliti.... DEB gagal....katanya... Apa yang gagal? Orang Melayu gagal menguasai ekuiti 30%... Tapi dasar pelajaran untuk anak-anak orang Melayu adakah gagal juga..?? Bagaimana dengan keistimewaan yang lain?

Pada pandangan saya, DEB tidak gagal... tetapi sasaran DEB tidak tepat... segala yang mahu dilimpahkan kepada orang Melayu 'tertumpah' kepada orang-orang Cina dan India. Habis!! kenapa orang Cina marah kepada pemimpin Melayu?? Agaknya mereka tak suka dengan nikmat yang mereka dapat sebelum ini... Orang India juga begitu... Mereka tak puas hati agaknya orang Melayu tak dapat apa yang sepatutnya diperoleh oleh orang Melayu..

Orang Melayu dapat projek, yang laksanakan orang Cina. Barang dibeli di kedai dan pembekal Cina. Projek jalan dimonopoli oleh orang India. Orang Melayu hanya 'tolong' masuk tender sahaja. Dapatlah duit minum kopi.. Agaknya inilah yang orang bukan Melayu marah. Mereka mahu DEB dilaksanakan dengan sebenar-benarnya. Kalau projek itu diperoleh oleh orang Melayu, pekerjanya harus Melayu, barang dibeli di kedai Melayu, jentera dan mesin hendaklah disewa daripada pembekal Melayu.

Kalau begitu, betullah kata KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang mengatakan DEB telah diseleweng. Jadi wajarlah diperbetulkan semula landasan DEB. Orang Cina dan India tidak patutlah marah jika pelaksanaan sebenar DEB dilaksanakan. Mereka tidak boleh marah kalau kerajaan tidak lagi beri projek kepada mereka.

Dasar tak kenang budi....!!!!

Dimana agaknya orang UMNO berada ????

Apabila YB Dato' Seri Tajol Rosli bekas Menteri Besar Perak dicabar oleh Pemuda PAS Tambun agar beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Pengkalan Hulu, semua pemimpin dan ahli UMNO diam seribu bahasa. Diam itu 'setuju'kah beliau meletakkan jawatan? Atau diam itu kerana takut orang PAS marah bila menonjolkan diri membela DS Tajol. Atau itu memang budaya dalam UMNO yang mana pemimpin yang tiada jawatan kerajaan dibiarkan bersendirian membela diri.

Dulu sewaktu DS Tajol menjawat MB Perak, semua orang mengaku kawan. Semua orang mengaku rapat dengan beliau hingga rakyat nak jumpa pun susah. Kena melalui 'TOL' dulu. Tapi sekarang bila beliau tidak lagi berjawatan, semua kelu seribu bahasa.

Lebih parah lagi ada pihak yang secara terbuka meminta beliau letak jawatan. Kononnya kekalahan BN di Perak adalah kesalahan DS Tajol yang salah percaturan, salah perkiraan, salah meletakkan calon, salah segala-galanya. Dulu orang inilah yang menjadi orang kuat beliau dan dilantik berjawatan tinggi dalam negeri.

Kita hairan dengan sikap orang UMNO. Kita rasa pelik dengan budaya UMNO ini. Mungkin inilah agaknya yang nak dijadikan teladan kepada generasi muda akan datang. Patutlah orang muda dalam PRU-12 yang lalu tak undi BN. Agaknya mereka merasa jelak, meluat, getik dengan perangai orang-orang UMNO.

Sayanglah, teramat sayang... sebuah parti yang banyak berjasa, yang berjuang memerdekakan negara, mengisi kemerdekaan negara, membangunkan orang Melayu sebegini rupa, akhirnya akan dilupai oleh generasi baru yang tidak mengenal erti kesusahan dan kepayahan.

Di mana agak silapnya.....???

Saturday, May 10, 2008

Dilema 'Melayu Baru'

Selepas PRU 12, macam-macam cerita timbul. Yg lemah disangka gagah, Yg. gagah disangka lemah. Rakyat dilihat mulai bosan... marah, kecewa, tak kisah, lantaklah apa nak jadi dengan masa depan, apa nak jadi dengan negara. Yang penting mereka dapat tunjukkan kebosanan mereka dengan propaganda murahan, janji-janji kosong, 'wayang cina', retorik pemimpin2 politik. Hajatnya nak bagi kurang majoriti jer... tapi silap langkah, parti yang tak disangka-sangka menang dan menubuhkan kerajaan.


Bagi yang menang, tak sangka nak menang. Bagi yang kalah, tak sangka nak kalah. Parti pembangkang pun tak ready dengan pemimpin yang berkeliber untuk dilantik dalam kerajaan, main tangkap muat jer. Pemimpin BN pun nak ditangkap untuk jadikan ayam tambatan.


Orang Melayu buat selamba jer. Apa nak jadi, jadilah... Tak kisah... Asalkan dapat soru, dahla. Sebab perangai Melayu ni bila dia tak rasa susah, makan cukup, tidur lena. Biarlah apa nak jadi pun. Tapi bila dah sampai tahap dia susah, tak dapat makan, keluarga terancam, Melayu akan mengamuklah. Sebab itu memang perangai Melayu pun. Orang mengamuk ni macam orang gilalah. Tak ada pakai otak lagi. Melayu jarang pakai otak, sebab sayang nak guna selalu, takut haus. Kadangkala boleh suruh orang lain tolong fikirkan untuk kita, selesaikan masalah kita. Apa susah.


Pemimpin Melayu pun sama jugak. Cakap saja nak bela orang Melayu. Tapi dia sendiri pakat dengan orang lain. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Jarang sangat jumpa pemimpin Melayu yang betul2 nak tolong Melayu ni. Kalau ada pun memang pemimpin yang tak ada kuasa. Tukang cakap saja. Nak buat tak boleh. Yang ada kuasa, takut nak guna kuasa. Kononnya dia pemimpin baik. Tak boleh diskriminasi kepada orang lain. Ada orang kata 'dilema' inilah yang buat orang Melayu mula bosan dengan UMNO.


Dulu oklah, sebab negara belum merdeka, negara belum maju. Semua orang susah. Sekarang makan cukup. Harga barang naik pun masih mampu beli. Marahpun saja buat-buat jer. Tapi hidup tetap mewah. Bersungut barang naik, tapi pakai baju branded, makan minum kat hotel, Kereta mewah, melancong sana-sini, handphone sampai 3. Anak pergi sekolah tadika pun bagi handphone. Semua mahal2 belaka. Rumah ada aircond. Kalau macam ni gaya hidup, sampai bila-bila pun tak cukup. Tak kisahlah, yang penting komplen tetap komplen. Kalau tak dapat, protes lah undi pembangkang. Apa susah. Nak jadi apa pun jadilah.

Kata orang tu:
"Buat apa nak fikir pasal negara. Negara dah merdeka. Buat apa nak fikir pasal bangsa, sama saja semua bangsa. Buat apa nak fikir pasal agama. Itu masing2 punya fahaman. Tanggung sendirilah." Tambah dia lagi, "Yang penting aku dan keluarga aku tak susah. Kalau susah, itu semua salah kerajaanlah...Tak dapat apa kita nak, undilah parti lain, selain parti tu."


Inilah dilema 'Melayu Baru' sama macam dulu jugak, cuma berbeza cara sahaja.